Bila ku lihat ros yang merah,
ku belikan untukmu,
jika terasa serba salah,
cukuplah sekadar ucapan padamu
Bila melihat tarikh,
ku mula terkedu,
aku yang dulu kau pilih,
sehingga kini masih kuat denganku,
Bila terfikir tentang dirimu,
berjuta kata menjadi satu,
bila telah lama tidak bertemu,
hanya satu kata bermain dikalbu
kini, ku ada dua kata istimewa untukmu,
aku cinta dan aku rindu...
Monday, June 21, 2010
Bila...
Posted by Akhmal Khalil at 6:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment