BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 24, 2010

Kembali Berdiri

(23 July 2010, 16:00)

Ke sana ke mari dah ku tuju,
ke kiri ke kanan elak peluru,
satu tertusuk ke bahu,
ku jatuh tersungkur,
jadi ku duduk sebentar minta restu,
nak terus bangun ku tak mampu,
terlalu lama membatu,
otak jadi tepu,
nak timbul semula aku malu,
tapi murung tak buat ku maju,
tiada siapa akan membantu,
hanya diriku, tanpa sesiapa,
hidup ini tidak boleh berpaut selamanya,
aku perlu bangkit menaiki tangga,
ibu masih menunggu untukku buatnya bangga,
papa, lihat aku cuba berdiri,
tanpa tangan dan tongkat ku berdiri sendiri,
semangatku dah kembali seperti bila Hang Tuah diberi Taming Sari,
pintu terbuka hari ini jangan ditunggu besok,
tampar pipi sebelum tersengguk,
hirup kopi,segarkan mata,
jalan terus jangan belok-belok,
biarkan cerita lama jangan nak sebok,
sampai bila-bila,
terus berlari, kejarlah masa,
penuhkan cerita masa muda,
kumpul pahala kumpul harta,
bagi mama ringan kepala tapi berat pergelangannya,
kita hanya rangka cerita,
cuma di Atas yang menggubahnya,
tak salah mencuba,
baru boleh cerita, anak cucu dengar setia
jadi inspirasi mata bersinar
bak malam dan bulan purnama...

1 comments:

dhuha said...

wah best ni! thumbs up!